Mengenai MDAB

TENTANG

Majlis Dekan Alam Bina (MDAB)

Latar Belakang

Majlis Dekan Alam Bina (MDAB) ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai platform rasmi yang menyelaras usaha kolaboratif antara fakulti, kulliyyah dan pusat pengajian dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang alam bina.

Bidang utama yang menjadi tumpuan MDAB termasuk:

  • Seni Bina
  • Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Ukur Bahan
  • Seni Bina Landskap
  • Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Pembinaan
  • Pengurusan Harta dan Alam Sekitar
  • Bidang-bidang berkaitan yang menyumbang kepada pembangunan persekitaran binaan

Objektif Penubuhan

  • Menjadi platform kepada ahli MDAB untuk berbincang hal berkaitan program akademik alam bina, pengurusan program serta tadbir urus institusi;
  • Menjadi platform kepada ahli MDAB berkongsi standard dan amalan terbaik;
  • Menjadi platform kepada ahli MDAB merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan inovasi untuk kepentingan kecemerlangan bersama;
  • Menjadi penghubung strategik dengan pihak-pihak berkepentingan berkaitan standard program alam bina dan keperluan kelayakan;
  • Menjadi penggerak bersama dalam memajukan masyarakat dan negara dalam bidang alam bina;
  • Menjadi platform untuk menjalinkan perhubungan dengan badan profesional; dan
  • Memberi nasihat kepakaran berkaitan pengajaran, pembelajaran dan pembangunan dalam bidang Alam Bina kepada Kementerian dan negara.